HALAMAN

Wednesday, February 22, 2012

LATAR BELAKANG SURAH AL MUNAFIQUN

Al-Munafiqun bermakna orang-orang yang munafiq atau orang-orang yang bermuka-muka. 

Nifaq menurut syara’ bererti : menampakkan Islam dan kebaikan, tetapi menyembunyikan kekufuran dan kejahatan.

 Al-Bukhari telah meriwayatkan, daripada Zaid bin al-Arqam.

Beliau berkata: “Saya berada dalam satu peperangan apabila terdengar Abdullah bin Ubay berkata:


 “Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang berada bersama-sama Rasulullah, agar mereka pergi meninggalkannya. Sesungguhnya jika kita kembali ke Madinah sudah tentu orang yang mulia dan kuat akan menghalau orang hina dan lemah dari Madinah.”

Zaid berkata : “Lalu saya memberitahu perkara itu kepada pakcik saya (‘Umar) dan beliau memberitahu Rasulullah S.A.W. 

Baginda kemudiannya memanggil saya dan saya menceritakan kepada baginda. 

Rasulullah S.A.W. kemudiannya menghantar utusan kepada Abdullah bin Ubay bin Salul dan pengikut-pengikutnya dan mereka bersumpah bahawa mereka tidak mengkhianati Rasulullah.

Rasulullah S.A.W. menganggap saya  menipu dan mempercayai Abdullah bin Ubay. Saya sedih dan tidak pernah rasa seperti itu. Oleh itu saya duduk diam di rumah dan pakcik saya berkata: “Kamu tidak suka, tetapi Rasulullah s.a.w. tidak percayakan kamu dan memarahi kamu. "

Kemudian Allah s.w.t. menurunkan ayat pertama surah al Munafiqun..





إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. (al-Munafiqun: 1)

Lalu Rasulullah s.a.w. menghantar utusan kepada saya kemudian membacakan ayat tersebut dan berkata, sesungguhnya Allah telah membenarkan kamu.”

(selanjutnya boleh baca di sini.)

No comments:

Post a Comment