• Solat Dhuha Di SK Taman Pantai Sepang Putra

    Program Solat Sunat Dhuha, Solat Hajat atau Solat Taubat adalah acara bulanan di SKTPSP sebagai salah satu program kerohanian sekolah.

  • GOTONG ROYONG

    Amalan bergotong royong dan 'rewang' dalam apa sahaja 'Program Makan-Makan' yang selalu dilakukan dalam usaha merapatkan ukhuwwah dan menjimatkan kos aktiviti.

  • Kem Motivasi Tahun Enam

    Program Motivasi bagi murid-murid Tahun Enam dijalankan pada setiap tahun

  • GURU-GURU SKTPSP

    Guru-guru SK Taman Pantai Sepang Putra yang berasal daripada seluruh negeri di Malaysia yang sentiasa bersedia untuk berbakti kepada anak bangsa. Di tengah (duduk) adalah almarhum Tn Hj Mohammad Noor bin Sanusi, yang menjadi Guru Besar di SKTPSP hingga ke akhir hayatnya. Alfatihah...

  • PELAJAR CEMERLANG

    Pelajar-pelajar UPSR SK Taman Pantai Sepang Putra yang berjaya mendapat 5A pada tahun 2010

  • HARI GURU

    Sambutan Hari Guru yang merupakan acara tahunan di SKTPSP dan setiap sekolah di seluruh Malaysia

Nasyid ni ummi dapat dari yang dikasihi Ustaz Ahmad Sarjuni bin Jemaron.. Ustaz ummi semasa ummi di dalam Darjah 3.  Dalam tahun 1982... Anak-anak belum ada kan?.. Tapi nasyid ni lah yang mengingatkan ummi kepada sejarah Nabi Muhammad..... Melodinya sedikit macam melodi boria....
Kem motivasi SKTPSP.


Muhammad Pesuruh Allah
12 Rabi ul Awwal lahir di Mekah
Ketika purnama cahaya menyinar
Tahunnya nama Si Tahun Gajah

Nama Muhammad diberi datuknya
Abdul Mutallib ketua kaumnya
Ayah dan ibu keturunan mulia
Abdullah, Aminah ibu bapanya

Tahun Gajah tahun sejarah
Seorang raja bernama Abrahah
Dengan gagah nak runtuh kaabah
Tapi gagal dek kuasa Allah

Dikirim Allah sejenis burung
Membawa batu bagai peluru
Binasalah tentera musuh
Bagaikan daun hancur dan layu

Ketika umurnya enam tahun
Bonda membawa ziarah kuburan
Mengenang ayah memohon ampun
Di Madinah Abdullah dimakamkan

Bila pulang sampai di Abwa'
Hujan taufan melanda mereka
Bondanya sakit wafat mendadak
Yatim piatulah jadinya baginda

Demikian kisah baginda tercinta
Pesuruh Allah Penghulu kita
Pelita alam menyuluh jalan
Bahagia kita di akhir zaman...



0 ulasan :

PENDIDIKAN ISLAM SKTPSP