• Solat Dhuha Di SK Taman Pantai Sepang Putra

    Program Solat Sunat Dhuha, Solat Hajat atau Solat Taubat adalah acara bulanan di SKTPSP sebagai salah satu program kerohanian sekolah.

  • GOTONG ROYONG

    Amalan bergotong royong dan 'rewang' dalam apa sahaja 'Program Makan-Makan' yang selalu dilakukan dalam usaha merapatkan ukhuwwah dan menjimatkan kos aktiviti.

  • Kem Motivasi Tahun Enam

    Program Motivasi bagi murid-murid Tahun Enam dijalankan pada setiap tahun

  • GURU-GURU SKTPSP

    Guru-guru SK Taman Pantai Sepang Putra yang berasal daripada seluruh negeri di Malaysia yang sentiasa bersedia untuk berbakti kepada anak bangsa. Di tengah (duduk) adalah almarhum Tn Hj Mohammad Noor bin Sanusi, yang menjadi Guru Besar di SKTPSP hingga ke akhir hayatnya. Alfatihah...

  • PELAJAR CEMERLANG

    Pelajar-pelajar UPSR SK Taman Pantai Sepang Putra yang berjaya mendapat 5A pada tahun 2010

  • HARI GURU

    Sambutan Hari Guru yang merupakan acara tahunan di SKTPSP dan setiap sekolah di seluruh Malaysia

ARWAH GURU BESAR SKTPSP

Dua minggu sebelumnya ke Vietnam, ummu dan sahabat-sahabat dikejutkan dengan berita kematian Guru Besar kami (Tuan Haji Muhamad Noor Bin Sanusi), iaitu pada hari Jumaat (25 November 2011).  Beliau meninggal dunia kerana sakit jantung dan kematiannya diiringi tangisan kebanyakan guru SK Taman Pantai Sepang Putra.. Di blog ini teringin ummu nak berkongsi sedikit tentang beliau yang ummu kenal.. Semoga menjadi panduan untuk kita ketika kita dilantik untuk memimpin satu-satu organisasi suatu hari nanti.

Mula ummu kenal, beliau bukanlah guru favourite di sekolah tersebut.. Sikapnya seperti guru atau guru besar lain yang ummu pernah jumpa dan kenal... Sehinggalah suatu hari selepas beliau bertanya kepada ummu tentang mengapa ummu membuat teguran di dalam mesyuarat (walaupun secara umum)..Dan ummu berterus terang tentang sikap kebanyakan orang Melayu dan Islam yang tidak mahu terbuka untuk menerima teguran.. Ummu ambil contoh Barat walaupun ummu tak suka.. dan itulah yang sepatutnya berlaku kepada orang Islam... Berlapang dada menerima teguran...Untuk lebih maju kehadapan... Untuk lebih dihormati tanpa minta dihormati... Beliau terdiam dan mengangguk-angguk..

Suatu hari yang lain, beliau bercakap tentang sikap buruk seorang cikgu yang ummu kenal (guru sekolah lain), guru tersebut seorang yang proaktif sehingga terkenal sebagai seorang yang seolah-olahnya mendahului Guru Besarnya, atau lebih tahu daripada Guru Besar dan GPKnya... Lalu menjadilah ia fitnah kepada cikgu tersebut.. Ummu katakan pada beliau bahawa tiada insan yang sempurna di dunia ini... Tapi tak salah jika kita ambil dan fikirkan kebaikan cikgu tu sahaja... Apa jadi pada sekolah tu jika cikgu tu tak de...(sebab yang banyak naikkan nama sekolah tu adalah atas usaha cikgu tu..)..Guru Besar ummu sekali lagi mengangguk -angguk.. (sekadar 1 atau dua cerita sahaja..). Demikianlah beliau.. bercakap dengannya kadangkala seperti bercakap dengan sahabat, rakan ataupun bapa.. Tidak meninggi diri.. Ummu tak pasti sama ada ummu boleh bercakap sebegitu dengan Guru Besar lain...

Beliau adalah seorang yang berpegang kepada agama dan mengamalkan agamanya...Salah satu kelainannya, beliau akan mengadanya sesi tazkirah atau peringatan dari semua guru mengikut giliran pada setiap Jumaat.. Beliau seorang yang berfikiran terbuka dan akan menerima pandangan atau memikirkan pandangan orang lain... Sesuatu yang jarang terdapat pada seorang guru besar..

Mungkin atas sebab sikapnya itu yang menyebabkab beliau semakin berubah dan menjadi yang lebih baik sehingga dihormati dan disayangi oleh semua guru, murid dan ibubapa yang mengenalinya bahkan guru sekolah lain yang mengenalinya...

Menghormati pandangan oratng lain, merendah diri, simple person.., cuba memudahkan sesuatu perkara, tidak malu meminta pendapat orang bawahannya, menghargai kerja orang bawahannya, cuba membantu dan bukannya menyukarkan..beliau membahagikan tugasan mengikut kemahiran individu dan bukannya secara autokratik.. Jadi guru-guru buat kerja dengan seronok tanpa rasa tertekan... Beliau tak pernah "marah" orang bawahan selepas kena "marah" dengan orang atasan beliau.. Emosi guru memang beliau jaga...

Kalau nak cerita banyak lagi lah... tapi cukup untuk ummu membuat gambaran dan jadikan guide line sebelum mungkin menjadi seorang pemimpin suatu hari nanti.. (memimpin anak-anak tercinta ummu  ;-p )

0 ulasan :

PENDIDIKAN ISLAM SKTPSP