Al-Munafiqun bermakna orang-orang yang munafiq atau orang-orang yang bermuka-muka. Nifaq menurut syara’ bererti : menampakkan Islam dan kebaikan, tetapi menyembunyikan kekufuran dan kejahatan.
Al-Bukhari telah meriwayatkan, daripada Zaid bin al-Arqam.
Beliau berkata: “Saya berada dalam satu peperangan apabila terdengar Abdullah bin Ubay berkata:
“Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang berada bersama-sama Rasulullah, agar mereka pergi meninggalkannya. Sesungguhnya jika kita kembali ke Madinah sudah tentu orang yang mulia dan kuat akan menghalau orang hina dan lemah dari Madinah.”
Rasulullah S.A.W. kemudiannya menghantar utusan kepada Abdullah bin Ubay bin Salul dan pengikut-pengikutnya dan mereka bersumpah bahawa mereka tidak mengkhianati Rasulullah.
Lalu Rasulullah s.a.w. menghantar utusan kepada saya kemudian membacakan ayat tersebut dan berkata, sesungguhnya Allah telah membenarkan kamu.”

0 ulasan :
Post a Comment