• Solat Dhuha Di SK Taman Pantai Sepang Putra

    Program Solat Sunat Dhuha, Solat Hajat atau Solat Taubat adalah acara bulanan di SKTPSP sebagai salah satu program kerohanian sekolah.

  • GOTONG ROYONG

    Amalan bergotong royong dan 'rewang' dalam apa sahaja 'Program Makan-Makan' yang selalu dilakukan dalam usaha merapatkan ukhuwwah dan menjimatkan kos aktiviti.

  • Kem Motivasi Tahun Enam

    Program Motivasi bagi murid-murid Tahun Enam dijalankan pada setiap tahun

  • GURU-GURU SKTPSP

    Guru-guru SK Taman Pantai Sepang Putra yang berasal daripada seluruh negeri di Malaysia yang sentiasa bersedia untuk berbakti kepada anak bangsa. Di tengah (duduk) adalah almarhum Tn Hj Mohammad Noor bin Sanusi, yang menjadi Guru Besar di SKTPSP hingga ke akhir hayatnya. Alfatihah...

  • PELAJAR CEMERLANG

    Pelajar-pelajar UPSR SK Taman Pantai Sepang Putra yang berjaya mendapat 5A pada tahun 2010

  • HARI GURU

    Sambutan Hari Guru yang merupakan acara tahunan di SKTPSP dan setiap sekolah di seluruh Malaysia

PUASA RAMADHAN.

Mula difardhukan : 10 Sya'aban Tahun Kedua Hijrah.
Hukumnya            : WAJIB

MAKSUD PUASA :


Menahan diri daripada makan dan minum, serta perkara-perkara yang membatalkan puasa, daripada terbit fajar hingga terbenam matahari, dengan syarat-syarat yang tertentu.


HIKMAH DIWAJIBKAN BERPUASA:
  1. Menanam sifat mahmudah di dalam diri. Kita dapat membersihkan rohani dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dan sebagainya.
  2. Membersihkan sistem penghadaman.  Puasa adalah alat penyembuh yang baik. Semua organ dalam tubuh kita sentiasa digunakan dan boleh dikatakan  ia tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan sistem penghadaman kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.
  3. Memberi kesihatan badan. Nabi s.a.w.juga bersabda:
    "Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang."
    Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akan membawa mudharat kepada kesihatan kita. Ia boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lainnya. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka.


NIAT PUASA :

Niat adalah lintasan dalam hati.  Ia tidak semestinya lafaz.  Jadi jika anda bangun sahur, itu sudah cukup menandakan bahawa anda bangun dan makan pada awal pagi untuk berpuasa :-P


  1. Niat biasa (lihat sebelah) .
  2. Niat sebulan.(Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.)


Lafaznya :




نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى


Ertinya: Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

 

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu apabila masuk waktu solat fardhu Maghrib (hari sebelumnya)hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh -pada hari tersebut). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka (hari sebelumnya).

 



RUKUN PUASA :
  1. Niat.
  2. Menahan diri daripada nakan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar hingga terbenam matahari.




SYARAT WAJIB BERPUASA  :
  1. Islam.
  2. Baligh, telah sampai umur ; haid bagi wanita dan keluar mani bagi lelaki.
  3. Berakal, atau waras.
  4. Mampu berpuasa, tidak sakit dan berdaya untuk berpuasa.
  5. Bermukim, tidak wajib bagi orang yang bermusafir (perjalanan lebih daripada ><100km atau lebih dua marhalah). Namun diwajibkan mengqadha' puasa tersebut.

SYARAT SAH PUASA :


    1. Islam; tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama.
    2. Berakal; tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana puasa memerlukan niat dan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berakal sahaja.
    3. Mumaiyiz. Kanak-kanak yang belum dapat membezakan mana-mana yang baik dan yang buruk.
    4. Suci dari haid dan nifas; tidak sah puasa wanita yang kedatangan haid dan nifas, malah diharamkan mereka berdua berpuasa.
    5. Bukan pada hari-hari yang diharamkan berpuasa; hari-hari sepanjang tahun merupakan waktu yang harus berpuasa kecuali ;
      • 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri).
      • 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) 
      • 11, 12 dan 13 Zulhijjah (hari-hari Tasyriq  atau Hari Raya Qurban)
      • 30 Sya'ban (Hari Syak).

    

    0 ulasan :

    PENDIDIKAN ISLAM SKTPSP