• Solat Dhuha Di SK Taman Pantai Sepang Putra

    Program Solat Sunat Dhuha, Solat Hajat atau Solat Taubat adalah acara bulanan di SKTPSP sebagai salah satu program kerohanian sekolah.

  • GOTONG ROYONG

    Amalan bergotong royong dan 'rewang' dalam apa sahaja 'Program Makan-Makan' yang selalu dilakukan dalam usaha merapatkan ukhuwwah dan menjimatkan kos aktiviti.

  • Kem Motivasi Tahun Enam

    Program Motivasi bagi murid-murid Tahun Enam dijalankan pada setiap tahun

  • GURU-GURU SKTPSP

    Guru-guru SK Taman Pantai Sepang Putra yang berasal daripada seluruh negeri di Malaysia yang sentiasa bersedia untuk berbakti kepada anak bangsa. Di tengah (duduk) adalah almarhum Tn Hj Mohammad Noor bin Sanusi, yang menjadi Guru Besar di SKTPSP hingga ke akhir hayatnya. Alfatihah...

  • PELAJAR CEMERLANG

    Pelajar-pelajar UPSR SK Taman Pantai Sepang Putra yang berjaya mendapat 5A pada tahun 2010

  • HARI GURU

    Sambutan Hari Guru yang merupakan acara tahunan di SKTPSP dan setiap sekolah di seluruh Malaysia

Showing posts with label AL-QUR'AN. Show all posts
Showing posts with label AL-QUR'AN. Show all posts

HUKUM MIM MATI (م سكينة)


Jika hendak lihat dengan lebih jelas, sila klik pada gambar, untuk muat turun, sila klik kanan dan pilih "Save picture as".. 





Al-Munafiqun bermakna orang-orang yang munafiq atau orang-orang yang bermuka-muka. 

Nifaq menurut syara’ bererti : menampakkan Islam dan kebaikan, tetapi menyembunyikan kekufuran dan kejahatan.

 Al-Bukhari telah meriwayatkan, daripada Zaid bin al-Arqam.

Beliau berkata: “Saya berada dalam satu peperangan apabila terdengar Abdullah bin Ubay berkata:


 “Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang berada bersama-sama Rasulullah, agar mereka pergi meninggalkannya. Sesungguhnya jika kita kembali ke Madinah sudah tentu orang yang mulia dan kuat akan menghalau orang hina dan lemah dari Madinah.”

Zaid berkata : “Lalu saya memberitahu perkara itu kepada pakcik saya (‘Umar) dan beliau memberitahu Rasulullah S.A.W. 

Baginda kemudiannya memanggil saya dan saya menceritakan kepada baginda. 

Rasulullah S.A.W. kemudiannya menghantar utusan kepada Abdullah bin Ubay bin Salul dan pengikut-pengikutnya dan mereka bersumpah bahawa mereka tidak mengkhianati Rasulullah.

Rasulullah S.A.W. menganggap saya  menipu dan mempercayai Abdullah bin Ubay. Saya sedih dan tidak pernah rasa seperti itu. Oleh itu saya duduk diam di rumah dan pakcik saya berkata: “Kamu tidak suka, tetapi Rasulullah s.a.w. tidak percayakan kamu dan memarahi kamu. "

Kemudian Allah s.w.t. menurunkan ayat pertama surah al Munafiqun..





إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. (al-Munafiqun: 1)

Lalu Rasulullah s.a.w. menghantar utusan kepada saya kemudian membacakan ayat tersebut dan berkata, sesungguhnya Allah telah membenarkan kamu.”

(selanjutnya boleh baca di sini.)

Mengapa surah-surah tersebut diturunkan?
Di bawah ni ummu nak kongsi apa yang ummu dapat.  Walaupun tidak melibatkan semua surah, tetapi sekurang-kurangnya ia membantu walaupun sedikit..
Klik pada "Contents" untuk mengetahui surah asbabun nuzul yang boleh diakses... SEMOGA BERMANFAAT..



ATAU ANDA JUGA BOLEH KLIK ASBABUN NUZUL.

SURAH ASSYARAH (INSYIRAH)



1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai 
Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

2. dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?

4. dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7. kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),

8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).

SUJUD TILAWAH (di luar solat)
SUJUD SAJADAH (di dalam solat):
Hukum : Sunat Mu 'akkad (dituntut) sekiranya bertemu dengan ayat-ayat yang dinyatakan di bawah.

Ayat-ayat yang disunatkan sujud setelah membacanya, menurut mazhab Asy-Syaf‘ie, adalah seperti berikut:
1. Ayat ke 206 dari surah Al -A’raf.
2. Ayat ke 15 dari surah Al- Ra’d.
3. Ayat ke 50 dari surah Al- Nahl.
4. Ayat ke 109 dari surah Al- Isra’.
5. Ayat ke 58 dari surah Maryam.
6. Ayat ke 17 dari surah Al- Haj.
7. Ayat ke 77 dari surah Al- Haj.
8. Ayat ke 60 dari surah Al -Furqan.
9. Ayat ke 25 hingga 26 dari surah Al- Naml.
10. Ayat ke 15 dari surah Al -Sajdah.
11. Ayat ke 38 dari surah Fusshilat.
12. Ayat ke 62 dari surah Al- Najm.
13. Ayat pertama dari surah Al- Insyiqaq.
14. Ayat ke 21 dari surah Al -Insyiqaq.
15. Ayat ke 19 dari Al- ‘Alaq

    

Untuk mengenali ayat-ayat sajdah itu pada kebiasaannya, di dalam mushhaf ditanda dengan garis dan di penghujung ayat itu ditanda dengan tanda yang berbentuk seakan-akan kubah  masjid sementara itu di tepinya tertulis perkataan sajdah.

      Hikmah pengkhususan sujud pada tempat-tempat atau ayat-ayat yang tersebut di atas kerana ayat-ayat tersebut adalah merupakan pujian bagi mereka yang bersujud dan celaan bagi yang tidak bersujud sama ada secara terang-terangan ataupun secara isyarat sebagaimana yang dinaqalkan oleh Imam Al-Qalyubiy perkataan Ibnu Hajar.(Al-Hasyiyatan 1/235).


GURU-GURU SKTPSP 2010.




BILAKAH DISUNATKAN SUJUD TILAWAH ATAU SUJUD SAJADAH ?


   Apabila ayat sajdah itu dibaca di luar solat dan bukan pada waktu-waktu yang makruh menunaikan solat sama ada bertujuan untuk sujud atau tidak.

   Begitu juga sunat melakukan sujud tilawah atau Sujud Sajdah ketika dalam solat jika dibacakan ayat sajdah tersebut. Tetapi tidak disunatkan melakukan sujud tilawah jika membaca ayat sajdah itu semata-mata bertujuan (qasad) untuk melakukan sujud, kecuali jika ia membacanya pada sembahyang fardhu Subuh pada hari Jumaat adalah sunat ia melakukan sujud tilawah sekalipun ia bertujuan membacanya untuk sujud.

Berdasarkan keterangan di atas tidak sunat melakukan sujud pada waktu makruh menunaikan solat sekalipun ayat sajdah dibaca di luar solat begitu juga ketika dalam dalam solat dengan tujuan membaca ayat sajdah itu untuk melakukan sujud. Bahkan jika dibaca dalam solat dengan qasad sujud tilawah lalu dia bersujud maka batallah solatnya itu.


CARA-CARA:


Beberapa syarat perlu dipatuhi sebelum melakukan sujud tilawah:
  1. Ayat itu hendaklah dibaca sehingga habis (sehingga tanda kubah masjid (bagi mashaf uthmani) atau perkataan ‘sajdah‘ (bagi quran al-majid). Jangan sekali-kali sujud sebelum sampai kepada tanda tersebut. )
  2. Suci dari hadas, menutup aurat dan berwudhuk. Sekiranya tiada wudhuk, dan tiada juga niat dari awalnya (contohnya kita terdengar seseorang membacanya), sujud tilawah ini boleh digantikan dengan tasbih 4x      (Suhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar -  ( سبحان الله والحمد لله ولآ إله إلا الله والله أكبر)).     Pahalanya pula sama dengan sujud tilawah yang sempurna.
  3. Tidak lama masa di antaranya, (antara bacaan ayat sajdah dengan sujud tilawah yang hendak kita lakukan itu.)
  4. Mengadap kiblat. Tidak mengapa sekiranya ayat itu dibaca dengan tidak mengadap kiblat, cuma alihkan Quran (sekiranya ada) dan pusingkan tubuh supaya mengadap kiblat sebelum melakukan sujud tilawah.
Rukun:
Rukun adalah perkara yang mesti dilakukan untuk menjadikan perbuatan kita ini adalah sujud tilawah. Tinggal salah satu bermakna tiadalah fadhilat yang akan kita perolehi. Boleh jadi jatuh kepada berdosa pula.
  1. Niat beserta takbiratul ihram
  2. Berdiri atau duduk
  3. Sujud sekali
  4. Salam pertama

PENDIDIKAN ISLAM SKTPSP