• Solat Dhuha Di SK Taman Pantai Sepang Putra

    Program Solat Sunat Dhuha, Solat Hajat atau Solat Taubat adalah acara bulanan di SKTPSP sebagai salah satu program kerohanian sekolah.

  • GOTONG ROYONG

    Amalan bergotong royong dan 'rewang' dalam apa sahaja 'Program Makan-Makan' yang selalu dilakukan dalam usaha merapatkan ukhuwwah dan menjimatkan kos aktiviti.

  • Kem Motivasi Tahun Enam

    Program Motivasi bagi murid-murid Tahun Enam dijalankan pada setiap tahun

  • GURU-GURU SKTPSP

    Guru-guru SK Taman Pantai Sepang Putra yang berasal daripada seluruh negeri di Malaysia yang sentiasa bersedia untuk berbakti kepada anak bangsa. Di tengah (duduk) adalah almarhum Tn Hj Mohammad Noor bin Sanusi, yang menjadi Guru Besar di SKTPSP hingga ke akhir hayatnya. Alfatihah...

  • PELAJAR CEMERLANG

    Pelajar-pelajar UPSR SK Taman Pantai Sepang Putra yang berjaya mendapat 5A pada tahun 2010

  • HARI GURU

    Sambutan Hari Guru yang merupakan acara tahunan di SKTPSP dan setiap sekolah di seluruh Malaysia

Showing posts with label DOA. Show all posts
Showing posts with label DOA. Show all posts

ADAB SEBELUM TIDUR

Semua manusia memerlukan tidur. Dengan tidur manusia dapat berehat. Dengan berehat manusia dapat hidup dengan lebih sihat dan cerdas. Dengan tidur manusia dapat beribadat kepada Allah dengan lebih khusyuk lagi.. TAPI INGAT! JANGAN SAMPAI TERLEBIH TIDUR..

       Antara hadis yang menerangkan tentang adab tidur Rasulullah adalah dari riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: 

Jika kamu akan tidur maka berwudhuklah bagaikan kamu hendak solat, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (doa hendak tidur) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu).

Hadis riwayat Hudzaifah pula: 
“Apabila Rasulullah SAW berbaring di atas tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).” 
Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: 
“Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali).” (HR. At-Tirmidzi). 


Sebuah hadis menerangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca (yang bermaksud):
 “Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu dan menghadapkan mukaku kepadaMu dan menyerahkan segala urusanku kepadaMu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepadaMu, tiada perlindungan dan tiada tempat yang selamat daripada seksaanMu melainkan kembali kepadaMu. Aku beriman kepada kitab yang Kau turunkan dan Nabi yang telah Kau utus.” 
– (Hadis riwayat Bukhari).


Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata:
 “Sesungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, baginda akan meletakkan telapak tangan kanannya di bawah pipi kanannya, 
lalu berdoa: 
“Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tu hanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” – 
(HR. At-Tirmidzi).


Menurut Ummul Mukminin Aisyah r.a. berkata:
 “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan badannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.” – 
(HR. At- Tirmidzi , lihat Kitab Sya mail Muhammad cetakan Telaga Biru, halaman 167-168).


Walau bagaimanapun, kita juga disunnahkan tidur secara telentang seperti yang terdapat dalam hadis yang sahih di mana Rasulullah  tidur secara terlentang dengan meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagai mana maksud hadis: 
“Daripada ‘Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain.” 
– (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).


Berkaitan dengan tidur telungkup atau meniarap pula ada sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi SAW. Hadis ini bermaksud :
 “Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur telungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.”
(HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih).


Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab tidur yang menjadi amalan Nabi SAW dan salafussoleh ialah:



  1. Berniat ikhlas agar tidur tersebut dapat memberi kekuatan untuk beramal apabila bangun kelak.
  2. Tidur di tempat yang tertutup.
  3. Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.
  4. Tidur dalam keadaan suci.
  5. Tidur dalam keadaan berwuduk.
  6. Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi SAW sebelum tidur(seperti "3 Qul").
  7. Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud: Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. – (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al- Hakim).
  8. Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur. Ini adalah berpandukan ke pada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud: “Orang yang tidak tidur sehingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat."
  9. Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah seperti riwayat al-Tir mizi.
  10. Bersiwak atau berus gigi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.
  11. Membaca doa sebelum tidur..
Di bawah ni video doa hendak tidur...



Yang ni pula nasyidnya..

DOA SEMASA BERWUDHUK

Anak-anak biasa berdoa selepas berwudhuk sahaja kan?.. Kali ini kita sama-sama belajar tentang doa bagi setiap anggota yang dibasuh ketika berwudhuk... Sunat diamalkan dan dihayati...

Khatam Qur an peringkat Daerah Sepang..



Doa Melihat Air Untuk Berwudhuk.


اَلحَمْدُ لِلَّهِ  الَّذِي  جَعَلَ
 الْمَآءَ  طَهُورًا. 
Segala puji bagi Allah yang menjadikan air yang suci lagi menyucikan.

Doa Semasa Berkumur-kumur. 
اَللَّهُمَّ  اسْقِنِي  مِنْ حَوْضِ نَبِيِّكَ  مُحَمَّدٍ  كَأْسًا  لاَ  أَظْمَآءَ بَعْدَهُ  أَبَدًا.
Ya Allah, berilah aku minum daripada kolam NabiMu Muhammad (SAW) segelas, yang aku tidak akan dahaga selepasnya selama-lamanya.



Doa Ketika Membasuh Muka.

اَللَّهُمَّ  بَيِّضْ  وَجْهِي  يَوْمَ  تَبَيَّضُّ
 وُجُوْ هُ  وَ تَسْوَدُّ  وُجُوهٌ .

Ya Allah, putihkanlah mukaku pada hari putih beberapa muka dan hitam beberapa muka.


Doa memasukkan air ke hidung.

اَللَّهُمَّ  لاَ  تَحْرِمْنِى رَآئِحَةَ  نَعِيمَكَ  وَجَنَّاتِكَ.


Ya Allah, janganlah Engkau haramkan aku daripada mencium bau syurga Mu.


Doa ketika membasuh kedua belah tangan.


اَللَّهُمَّ  أَعْطِنِي  كِتَابِي  بِيَمِينِي  وَلاَ  تُعْطِنِي  كِتَابِي  بِشِمَالِي


Ya Allah, berilah buku amalanku pada tangan kananku dan
janganlah Engkau beri buku amalanku pada tangan kiriku.


Doa ketika menyapu sebahagian kepala.

اَللَّهُمَّ حَرِّمْ  شَعْرِي وَبَشَرِي عَلَى النَّار. وَأَظِلَّنِي تَحْتَ عَرْشِكَ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّكَ

Ya Allah,haramkanlah rambutku dan diriku daripada api neraka. Dan Kau naungilah aku di bawah ‘arasy Mu pada hari tiada naungan kecuali naungan Mu.



Doa ketika membasuh telinga.

 اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ الَّذِينَ يَسْمَعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَة
Ya Allah, jadikanlah aku daripada golongan orang-orang yang mendengar kata dan mengikuti perkara-peraka kebaikan.



Doa ketika membasuh kaki.

اَللَّهُمَّ ثَبِّتْ قَدَمِي عَلَى الصِّرَاطِ.

Ya Allah, tetapkanlah kakiku di atas jalan yang benar.








Ummu harap kita dapat sama-sama amalkan doa-doa ini, dan semoga kita menjadi mukmin yang lebih baik, Insya allah.
Wallahu a'lam.

PENDIDIKAN ISLAM SKTPSP