Antara hadis yang menerangkan tentang adab tidur Rasulullah adalah dari riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud:
Hadis riwayat Hudzaifah pula:
Sebuah hadis menerangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca (yang bermaksud):
“Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu dan menghadapkan mukaku kepadaMu dan menyerahkan segala urusanku kepadaMu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepadaMu, tiada perlindungan dan tiada tempat yang selamat daripada seksaanMu melainkan kembali kepadaMu. Aku beriman kepada kitab yang Kau turunkan dan Nabi yang telah Kau utus.”
– (Hadis riwayat Bukhari).
Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata:
“Sesungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, baginda akan meletakkan telapak tangan kanannya di bawah pipi kanannya,
lalu berdoa:
“Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tu hanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” –
(HR. At-Tirmidzi).
Menurut Ummul Mukminin Aisyah r.a. berkata:
“Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan badannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.” –
(HR. At- Tirmidzi , lihat Kitab Sya mail Muhammad cetakan Telaga Biru, halaman 167-168).
Walau bagaimanapun, kita juga disunnahkan tidur secara telentang seperti yang terdapat dalam hadis yang sahih di mana Rasulullah tidur secara terlentang dengan meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagai mana maksud hadis:
“Daripada ‘Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain.”
– (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).
Berkaitan dengan tidur telungkup atau meniarap pula ada sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi SAW. Hadis ini bermaksud :
“Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur telungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.”
(HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab tidur yang menjadi amalan Nabi SAW dan salafussoleh ialah:
- Berniat ikhlas agar tidur tersebut dapat memberi kekuatan untuk beramal apabila bangun kelak.
- Tidur di tempat yang tertutup.
- Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.
- Tidur dalam keadaan suci.
- Tidur dalam keadaan berwuduk.
- Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi SAW sebelum tidur(seperti "3 Qul").
- Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud: Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. – (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al- Hakim).
- Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur. Ini adalah berpandukan ke pada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud: “Orang yang tidak tidur sehingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat."
- Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah seperti riwayat al-Tir mizi.
- Bersiwak atau berus gigi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.
- Membaca doa sebelum tidur..
Yang ni pula nasyidnya..
1 ulasan :
mohon di share..;)
Post a Comment