Sebenarnya kita telah lama dikelirukan oleh orang-orang Yahudi tentang gambaran Masjidil Aqsa yang sebenar... Dah lama juga ummi tahu.. Cuma baru ni nak tunjuk dan buktikan kepada anak-anak ummi yang dikasihi..
Cuba anak-anak lihat di dalam buku teks Pendidikan Islam Tahun 5 (Sirah: Israk dan Mikraj) tentang gambaran Masjidil Aqsa.. Masjid tersebut sebenarnya adalah Masjid Kubah Batu (Masjid as Sakhrah).. Masjid di mana terletaknya sebuah batu yang ingin mengikut Nabi kita (Muhammad SAW) naik ke langit ketika Nabi Muhammad di Israkkan..
Lihat gambar berikutnya.. Walau bagaimanapun, ada pula gambaran tentang batu tersebut, yang sebenarnya adalah palsu..
Batu terapung yang palsu. |
Batu di Masjid as Sakhra'.. |
Masjidil Aqsa.. |
Kemudian anak-anak tengok pula gambar sebuah masjid yang kelihatan lama... Inilah masjid yang menjadi rebutan di antara orang-orang Muslim seluruh dunia dengan orang-orang Yahudi (Bani Isra il). Masjidil Aqsa yang sebenarnya... Yang merupakan Kiblat Pertama orang Islam... Ia terletak tidak jauh daripada Masjid as-Sakhrah ..
Cuba anak-anak lihat.. Masjidil Aqsa terletak di belakang Masjid as-Sakhrah dan ia tidak berjauhan sebenarnya... Apa tujuan orang-orang Yahudi buat macam tu?.. Ia adalah untuk memudahkan mereka mengambil alih Masjidil Aqsa, dan mereka juga telah melakukan penggalian di bawahnya untuk mencari bukti bahawa tanah tersebut adalah milik mereka (dikatakan menempatkan al-Haykal atau King Solomon Temple). Walau bagaimanapun, semua bukti yang ditemui sentiasa menunjukkan bahawa tanah tersebut milik orang Islam..
Tanah Masjidil Aqsa. |
“Mereka menemui dua ruang ibadat di utara jambatan menghala ke Pintu Mughrabi. Mereka turut menemui mihrab (tempat imam dan penanda arah kiblat) di timur kedua-dua ruang solat.
Begitulah anak-anak, sama-samalah kita berdoa agar Masjidil Aqsa kembali semula ke tangan Islam suatu hari nanti.... Janganlah kita pula yang menjual agama atau membuangnya...
Akhir kalam,... Jangan tinggalkan solat... Sayangi diri, sayangi ibu dan ayah...
0 ulasan :
Post a Comment